sang hamba....

sang hamba....
izmael_hanz

Sabtu, 10 Ogos 2013

~pantas mAsa BerLalU~

4 syawal 1434
~bismillah~






hari ni da masuk raya ke-4.. seminggu lagi cuti aku bkal abis.. mnghabiskan sisa2 cti bersama family trsayang...  pergh cepatnya masa berlalu... sedar x sedar ramadhan da berlalu 4 hari... raya d penuhi dengan ziarah, makan, dan lain2...

demi masa,
sesungguhnya manusia itu dalam kerugian,
melainkan orang yang beriman dan beramal solleh dan menyampaikan dengan hak dan menyampaikan dengan kesabaran............

surah al ashr....

kenapa Allah sendiri mngatakan tentang masa??
adakah kita terfikir selama ini masa selalu mninggalkan kita jauh dan jauh..??
kenapa kita xlakukan sesuatu yang baik sedang masa pergi begitu sahaja??
apa kaitan masa dengan kehidupan kita??
masa kamu?masa aku? masa semua?

jalankan otak tuk berfikir kerana itu fitranya kejadian otak...
jalankan anggota dengan melakukan amalan baik kerana itu fitrahnya...


Khamis, 8 Ogos 2013

~ SunSEt terakhir RamadHan~

"sunset" taken from taman damai

ini mungkin sunset yang last tuk tahun ini di bulan ramadhan...
sebelum berbuka.. ku bawa moto pecut kearah satu lokasi yang mana menjadi tarikan ramai orang setiap hujung minggu...
tapi kali ini tidak pula yang ramai mungkin faktor sebab nak berbuka dah...

"SUBHANALLAH" cantiknya pemandangan yang Allah atur tuk manusia... yang mana tidak boring setiap hari kita melihatnya.. malah semakin suka dan suka...

the sun was covered  by clouds....
tapi cahaya tetap cantik....
sinarannya memikat hati..
dihujung laut sana dia menyembunyikan diri...
bersama awan peneman matahari...

tatkala matahari ingin menyembunyikan diri...
rembulan meninggikan kemegahan..
syawal memperkenalkan diri..
ramadhan pergi dari diri ini... ya ALLAH.. ku rindukan pada ramadhan..

waktu ini penanda ingin masuknya waktu berbuka... waktu yang di nanti bagi yang bpuasa... hehehe...

~ Apa Yang peRnaH ku Lalui Bulan Ramadhan ~


2 syawal 1434
~bismillah~

salam jumaat sahabat2 serta viewers di luar sana... hehe hari ni dah masuk 2 syawal... 2 hari ramadhan berlalu meninggalkan kita.. bulan yang ku rindui.. kerana di dalamnya ada pelbagai fadhilat yang tersembunyi yang perlu dicari gali...

hari ini, laju jari jemariku ingin menaip program ataupun aktiviti yang telah aku cuba lakukan demi kemaslahatan semua.. sebelum lupa dari ingatan, ku simpan dalam bentuk "taipan" agar satu hari nnt ia akan menjadi ingatan buat diriku..

sepanjang bulan ramadhan memang aku sengaja sibukkan diri tuk menempuh ujian ramadhan yang sangat mencabar.. hehe.. jadi puasa sepanjang hari itu tidak akan terasa kerana kita ada matlamat yang ingin dilakukan...

program imam dan bilal 
iftar jamaie
banner hari raya 2


ceramah perdana


serba sedikit gambar yang berjaya d download dari fb...  jadi ini antara aktivit yang dilaksanakan...  banyak lagi cuma ini sahaja yang dapat didokumentasikan...hehe.. semoga pragram begini bukan hanya dilaksanakan pada bulan ramadhan sahaja... tapi bulan2 seterusnya juga...



Selasa, 6 Ogos 2013

29 ramadhan 1434
~bismillah~

pautan semalam:
secebis gambar bersama kazen dan adik ... jarang bersama mereka... ketika cuti sahaja berpeluang "laypark" bersama dorg ni.. hehe.. tuk mengeratkan silaturrahim bersama adik2 sepupu... mungkin langkah pertama supaya bila sudah berkeluarga kelak kami tidak merasa janggal atas sebab ketika waktu kecil kami kurg bergaul..jadi aku mulakan langkah sedemikian..kerana aku nmpak pada hari ini (zaman sekarang) kita lebih mengenali diri orang lain dari darah daging kita sendiri...hehe jadinya.. let me start with step by step to make our relation with my relatives become something that valuable for the future,...


malam ni mungkin tarawih yang last bagi umat Islam khususnya... betapa rindunya bulan RAMADHAN ni.. walaupun permulaanya agak berat tuk melaksanakan, tapi lama kelamaan rasa semakin semangat apatah lagi bulan ramadhan ni terdapat program yang mungkin jarang dilakukan pada bulan2 yang lain... seperti moreh, iftar jamaie, tarawih, gerakan imam ke kampung2, khatam alquran... dan macam2... kalau bulan lain mungkin ada aktiviti tapi tidak semeriah seperti bulan ramadhan.. menghidupkan ramadhan dengan ibadah seperti ini amat best sekali...

pada kali ini juga ku rasakan patut padam kisah lama dan buka kisah baru... ku ingin bina satu perbezaan agar aku tidak akan ada sejarah(umum) yang mungkin menganggu diri ku.. tapi mampukah? hehe yang tu aku kena anggap sebagai cabaran ... kerana bila melibatkan perasaan, emosi dan fizikal, lelaki gagal mengendalikan dengan baik melainkan dia betul2 inginkannya... so let the qudrat guide me until the end... 

wahai bulan, kau membuatku bergelinangan dengan air mata dengan keindahan yang Allah bagi padamu...\


Ahad, 4 Ogos 2013

LumRah ManusIA pUnya PeRAsaan CiNtA!

27 RAMADHAN 1434
~bismillah~

satu perasaan yang akan hadir pada diri setiap manusia ....
satu perasaan akan membuat diri merasa indah...
satu perasaan membuat diri berasa senang dengan kehadirannya...

tapi, jika di salah guna, perasaan tersebut akan menjadi satu ancaman buat diri kita..

satu perasaan yang boleh merosakkan jiwa..
satu perasaan merosakkan akhlak..
satu perasaan yang melebihi nilai diri...
dan satu perasaan yang mengurangkan kepercayaan sesama diri...

hehe..  aku rembulan yang punyai teman seribu bintang d angkasa...ada yang berdekatan dengan aku.. dan ada juga terlampau jauh dari ku... tapi mereka tetap mnemani ku di kala malam menjelma... begitu indah aturan Ilahi...yang telah ditetapkan... masing2 menyinari malam... akan tetapi smua ni akan terhalang dari penglihatan manusia bilamana awan yang tebal cuba menghalang...  tapi bintang dan bulan tetap di atas dan teguh menyinari malam kerana itu peranannya..

CInta HADIR tuk menguji diriku supaya aku mengawalnya dengan tidak membatasi had sebagai hamba Allah..
CinTa juga Hadir tuk melihat aku supaya bersabar dalam mengharungi perjalanan hidup..
CinTa juga Hadir agar bisa aku menjadi Insan yang menikmati lumrah kehidupan..

Cinta Dan Kejujuran memainkan peranan Penting.. kErana mereka di satukan melalui kejujuran yang diperlihatkan...
Cinta Juga selalu di Kaitkan dengan melakukan declaration of relationship among 2 persons (min & mat)...

bila bicara soal ini..aku insan yang mempunyai cinta... cintaku ini ku serah kan pada Pencipta cinta... cintaku juga ku serahkan pada Rasulku...cintaku pada kedua ibubapaku serta keluargaku...  tetapi bila dikaitkan dengan jodoh... aku cuba tuk mengehadkan melalui situasi yang d syariatkan.. kerana ada etika yang perlu d patuhi agar nIlai Cinta tidak menjadi ROSAK...


kita melihat bulan yang sama.....


Khamis, 13 Jun 2013

oh serban hitam...

5 syaaban 1434
(13 jun 2013)
~bismillah~
sunnah rasulullah indah tapi hakikatnya berat untuk dilaksanakan.
serban yang susa aku tuk aku cari kerana warnanya fully black.
"kata pacik penjual nasi kukus ayam rempah(ore kelate) tempat feveret food aku tu..katanya wah ini baru lawa... hehe.. aku hanya senyum"..aku baru selesai dari masjid..dan  cuba membiasakan diri pakai serban... selalu pakai kat kampus aku ja...

~Sunnah itu indah jika kita biasakan diri dengannya~
mula2 apabila ingin memulakan suatu yang jarang kita biasakan.. rasa macam pelik semacam.. begitula perasaan aku..aku rasa pelik dan takut org lain akan kata itu ini,ini itu bla2... bagi aku cuba sahaja dan pastikan istiqamah dengannya... kerana semua itu boleh merubah apa yg selama ini kita takut...  lama kelamaan diri ini sudah biasa dengannya dan rasa bahawa islam itu mencnatikkan kita sebenarnya jika ia bertepatan dan x berlebi2..kata rasulullah..lebih kurang begini isi penyampaiannya... amalan yang baik ialah sedikit tapi berterusan... 

~hakikatnya berat untuk dilaksanakan~
zaman moderen sekarang (wah ngomong indon suda)... kita di suntik dengan gaya yang pelbagai... korea style... western style.. mcam2 la.. sehingga kita nmpak fesyen mereka lebih anggun berbanding yang lain... bila kita terbiasa dengannya mana mungkin kita akan cuba sesuatu yang menjangkalkan.. ini la yang dikatakan berat hati tuk melakukannya.. bagi aku.. aku cuba buat sesuatu yang orang kata semaikan benih dengan baja yang asli... jadi hasilnya cantik..inshaALLAH
dari biji benih yang belom di letakkan baja
semaikan baja asli padanya
hehe.. pasti indah... cubala... ISLAM mencantikkan manusia..

Rabu, 12 Jun 2013

~PAGI YANG DI NANTI OLEH SEMUA ORANG~

4 SYAABAN 1434
(14 JUN 2013)
~bismillah~

alhamdulillahi ladzi ahyana ba'dama amatana wa ilahinnusyur
(segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami setelah mematikan kami dan kepadanya kami kembali)

 
pagi yang dinanti oleh semua manusia.. semua ingin menanti pagi kerana kita tidak dapat menjangka apakah kita akan bertemu dengan pagi itu kembali... 
tapi ada juga sesetengah manusia akan bercoleteh tidak ingin bertemu dengan pagi kerana tidak ingin masa itu berlalu dengan pantas.. atau mungkin kerana mereka gementar dengan 'peristiwa pagi'.. sebagai contoh exam, temuduga dan sebagainya...

kata pepatah "hari ini akan menentukan masa depan".. jadi pabila bertemu pagi, buat la seperti kamu orang bersyukur.. kerana pluang yang diberikan adalah untuk kamu memperbetulkan kesilapan yang lalu.. untuk membawa kamu muhasabah kembali... apa yang telah kamu lakukan kemarin, sminggu yang lalu, sebulan yang lalu dan seterusnya...

mengapa kita perlu bersyukur?
sebab kita tidak ingin nikmat yang ALLAH kurniakan kepada kita terputus dan diambil dari kita.. jadi syukur itu wajib bagi kita kerana kita hamba yang ALLAH kurniakan nikmat tidak ada tandingan.. kerana itu doa ini pembuka bicara dengan menyebut kalimah awalnya 'ALHAMDULILLAH' segala puji bagi ALLAH.. 

bila aku menangkap gambar sebegini teringat pula gambar aku yang dahulu.. yang masih terngiang2 dan menjadi iktibar buat aku dan sekeluarga..ujian yang diberikan membuatkan aku sedar aku hanya penerima nikmat dan ujian ...

 
khas: dorongan dari sesuatu tuk berbloging