sang hamba....

sang hamba....
izmael_hanz

Isnin, 24 Disember 2012

Adab Cara Makan Rasulullah S.A.W (Mulakan makan di bahagian tepi)


   Assalamualaikum w.b.t, bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izinnya aku masih berpeluang  untuk  menconteng-conteng  blog ku yang dah lama tak di update ni..jadi disini  aku ingin kongsikan cara makan Rasulullah yang telah ku baca dari sebuah buku yang bertajuk “Adab Makan Minum Cara Nabi”..entry blog ku pada kali ini adalah untuk berkongsi sedikit pengetahuan yang telah ku perolehi dan diharap siapa2 yang terbaca atau terjumpa blog ku ni dapat menambahkan lagi sedikit pengetahuan..
  Seperti yang kita tahu, cara Rasulullah makan atau dalam erti kata lain sunnah Rasulullah ketika makan adalah dengan menggunakan tangan kanan dan hanya tiga jari sahaja yang akan digunakan untuk menyuapkan ke dalam mulut serta mengunyah sebanyak 40 kali . Antara cara makan Rasulullah yang boleh kita ikuti juga adalah baginda akan mula makan hidangan yang berada di tepian makanan tersebut. Maksudnya disini ialah mulakan mengambil makanan di bahagian tepi bahagian tepi pinggan.
    Tidak harus memulakan makan daripada bahagian tengah, hal ini berdasarkan sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
“Apabila seseorang kamu makan suatu makanan, maka janganlah dia mula makan makanan yang berada di puncak pinggan, akan tetapi hendaklah dia memakan makanan daripada bahagian di sebelah bawahnya; kerana sungguhnya keberkatan itu turun daripada puncaknya (ke bawah).”
(Hadis Riwayat Abu Daud)

     Berdasarkan hadis di atas itu tadi, hadis ini menyebutkan larangan itu hanyalah berhubung dengan keberkatan makanan yang turun daripada puncaknya sahaja. Oleh itu marilah kita sama-sama mencuba untuk mengamalkan cara makan Rasulullah ini kerana setiap apa yang dilakukan oleh baginda sudah pasti amat memberi kesan yang positif kepada diri kita sendiri juga.. =)

p/s: jangan lupa baca doa sebelum makan ek? Hehe..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan