sang hamba....

sang hamba....
izmael_hanz

Khamis, 27 Disember 2012

Bakteria Tewas dengan air wudhuk




   Sesuatu arahan yang terkandung dalam al-Quran, semakin di kaji makin banyak maksud yang terselindung akang terungkai. Tidak pernah susut kehebatan makna ayat al-Quran, malah semakin banyak pula pelajaran diperolehi. Benarlah al-Quran itu mukijizat yang paling besar, berita gembira dan peringatan. Wudhuk merupakan syarat wajib untuk mengerja solat. Hal ini ditegaskan lagi dalam surah al-Maidah ayat 6 yang bermaksud:
Hai sekalian orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mendirikan solat, basuhlah muka dan kedua-dua belah tangan hingga kedua siku dan sapulah kepala dan (basuhlah) kaki kamu sehingga kedua buku lali.”
    Ayat di atas bermaksud seseorang yang ingin mengerjakan solat hendaklah terlebih dahulu mengambil wudhuk. Wudhuk bermaksud menyucikan anggota badan tertentu dengan menggunakan air yang bersih mengikut tatacara yang ditetapkan oleh syariat. Wudhuk mampu menghindarkan kita daripada penyakit. Sebelum muka tangan dan kaki, wajib dahulu dibuang segala kotoran. Membasuh bermaksud menghilangkan segala kotoran dan membuang segala yang menegah air sampai ke situ. Kotoran dan daki yang terlekat pada badan boleh menjangkitkan pelbagai penyakit.
     Misalnya, tangan yang terkena najis kucing mungkin mengandungi oosista Toxoplasma gondii, iaitu sejenis parasit biasa yang menjangkiti kucing dan anjing. Andai tangan yang kotor itu tidak dibasuh lalu diguna untuk menyediakan makanan, kemungkinan kita akan dijangkiti penyakit toksoplasmosis. Penyakit seperti ini adalah berbahaya dan sukar untuk dikesan kerana tanda-tandanya terlalu ringkas dan seringkali di anggap biasa. Oleh itu, dengan mengambil air wudhuk, kita dapat menghindarkan diri daripada penyakit yang  seumpama ini. Malah membasuh tangan yang menjadi sunat wudhuk pula merupakan undang-undang halus yang amat penting dalam bidang perubatan.
       Menurut Mukhtar Salem, dalam bukunya Prayers: A Sport for the Soul and Body, berwudhuk mencegah penyakit kanser. Mengikut kajian saintis, sesetengah kanser disebabkan kehadiran bahan kimia yang melekat pada tubuh lalu menyelit dibawah kulit dan berinteraksi dengan sistem dalam badan lalu menghasilkan interaksi yang pelbagai. Bahan kimia yang terhasil daripada pencemaran pada hari ini dapat dibersihkan daripada badan melalui wudhuk yang kerap kali diambil.
      Kajian santifik telah membuktikan keunggulan syariat ini pada hikmahnya. Kulit manusia mempunyai banyak mikroorganisma yang hidup secara aktif, terutamanya bakteria. Mikroorganisma akan keluar dan berada di hujung rambut  dan bulu roma selepas setiap kali manusia berpeluh. Sebab itulah umat islam disyariatkan untuk berwudhuk sebelum solat. Disamping kita mengerjakan ibadah dan mengharapkan balasan pahala daripada Allah s.w.t, secara tidak langsung kita juga dapat menjaga kesihatan kita dengan mengamalkan syariat yang mudah seperti ini.  
 
 p/s:  Lima kali sehari mengambil air wudhuk Inshaa Allah dapat mengekalkan tahap kesihatan tubuh badan kita serta kebersihan diri sendiri disamping mengamalkan gaya hidup yang sihat…SELAMAT BERAMAL.


 
 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan