sang hamba....

sang hamba....
izmael_hanz

Jumaat, 28 Disember 2012

Ghibah (Mengumpat) dan Fitnah- Dosa Sesama Insan..


     
  “Sesungguhnya lidah itu lebih tajam daripada mata pedang” ….begitulah pepatah arab yang mengumpamakan lidah manusia itu lebih berbahaya dan lebih berbisa jika dibandingkan dengan racun dan peralatan yang paling tajam sekali pun di dunia ini. Manusia tidak pernah terlepas dari melakukan kesilapan oleh sebab itulah kita sentiasa perlukan peringatan dan nasihat agar kita tidak terus menerus tersasar daripada landasan yang benar, kerana manusia itu memiliki sifat  “pelupa”. Lidah itu tidak bertulang namun dunia boleh berubah hanya dengan kata-kata yang disebut dengan lidah..
        Diceritakan dari Amr bin Dinar, dia berkata, “Seorang lelaki Madinah ada saudara perempuan di suatu kampung sedang sakit. Lelaki itu menziarahi dan menunggunya sampai ia meninggal. Dia mengucapkan takziah dan manghantarnya sampai ke kubur. Setelah selesai, ia kembali pada keluarganya. Kemudian dia teringat dompet tertinggal dalam kubur, Ia minta tolong temannya. Teman itu segera berangkat menggali kubur dan terjumpalah dompetnya. Lelaki itu tadi berkata, “bagaimana keadaan saudaraku?” lalu teman itu membuka sebahagian lubang, tiba-tiba api menyala-nyala. Segera lelaki  itu kembali kepada ibunya dan bertanya, “ceritakan padaku apa cela saudaraku?” ibunya berkata, “Saudaramu suka pergi ke rumah jiran menceritakan keburukan orang untuk menyebarkan fitnah.” Jelaslah bahawa hal itulah menyebabkan akan seksa kubur. Siapa ingin selamat hendaklah tinggalkan ghibah dan memfitnah.
gambar hiasan

      Diceritakan dari Abul Laits al-Bukhari, dia berangkat menunaikan haji membawa dua dirham dan bersumpah, “Jika di dalam perjalanan pergi mahu pun pulang aku berghibah, demi Allah akan kusedekahkan dua dirham ini.” Dia pergi ke Mekkah dan pulang ke rumah. Namun dirham masih ada di saku. Dia ditanya hal itu, maka dia berkata, “lebih baik aku berzina seratus kali daripada mengumpat satu kali.” Abu Hafs al-Kabir berkata, “ Aku tidak puasa Ramadhan lebih ku sukai daripada ku mengumpat orang.” Lalu dia berkata, “siapa yang mengumpat seorang faqih di Kiamat dia datang dan tertulis di mukanya, “ini orang terputus dari rahmat Allah”.
        Dari Anas bin Malik r.a dia berkata: Telah bersabda Rasulullah S.A.W:
 “Ketika aku melalui suatu kaum melukai muka dengan kukunya serta memakan bangkai, maka aku bertanya, “siapakah mereka Jibril? “ dia berkata, “Mereka itu orang-orang yang memakan daging orang di dunia”.
      Dari Abi Hurairah r.a dia berkata: Telah bersabda Rasulullah S.A.W:
“Siapa makan daging saudaranya di dunia, kepadanya diberikan dagingnya di hari kiamat dan dikatakan, makanlah bangkai itu. Sesungguhnya engkau telah memakannya waktu kamu hidup.”
    Semasa zaman Rasulullah masih hidup, jumlah orang yang mengumpat adalah begitu sedikit manakala pada masa kini begitu meluas amalan ghibah ini. Sehinggakan sukar untuk dibezakan antara yang benar dan batil. Dalam surah al-Humazah ayat 1, Allah berfirman:
“Celakalah untuk tiap-tiap orang pengumpat dan pencela”.
    Ayat ini turun pada Walid bin Mughirah di mana dia mengumpat kepada Nabi S.A.W di muka umum. Mungkin sebabnya bersifat khusus dan ancaman bersifat umum.
Rasulullah S.A.W bersabda:
“Takutlah ghibah. Ia lebih kotor dari zina. Mereka bertanya, “bagaimana ia lebih kotor dari zina?” Nabi S.A.W menjawab, “ seorang berzina lalu bertaubat, Allah menerima taubatnya. Sedangkan orang ghibah belum diampuni kecuali dimaaf oleh yang diumpat.”
  
  Kesimpulannya, wajiblah seseorang yang mengumpat itu menyesal dan bertaubat dan selepas itu minta maaf atas kezalimannya terhadap orang yang diumpat. Sesungguhnya mengumpat itu adalah dosa sesama insan dan dengan itu jugalah kita mestilah memohon maaf kepada orang yang diumpat agar Allah S.W.T juga dapat mengampunkan dosa kita seperti itu. Wallahualam…
selingan shja...katun strip.. 


p/s: adakalanya diam itu lebih baik drpd banyak berkata-kata dan janganlah pula terlalu pendiam nanti macam mana pula mau berinteraksi  dengan masyarakat kn? (^_^)…cuba elakkan ghibah..
#jika ada tambahan ilmu pasal nie..dipersilakan untuk menambah..
# Rujukan dari  buku “Penenang Jiwa” penulis Imam Al-Ghazali  diterjemah  Muhammad Qadirun Nur

Tiada ulasan:

Catat Ulasan