sang hamba....

sang hamba....
izmael_hanz

Rabu, 12 Jun 2013

~PAGI YANG DI NANTI OLEH SEMUA ORANG~

4 SYAABAN 1434
(14 JUN 2013)
~bismillah~

alhamdulillahi ladzi ahyana ba'dama amatana wa ilahinnusyur
(segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami setelah mematikan kami dan kepadanya kami kembali)

 
pagi yang dinanti oleh semua manusia.. semua ingin menanti pagi kerana kita tidak dapat menjangka apakah kita akan bertemu dengan pagi itu kembali... 
tapi ada juga sesetengah manusia akan bercoleteh tidak ingin bertemu dengan pagi kerana tidak ingin masa itu berlalu dengan pantas.. atau mungkin kerana mereka gementar dengan 'peristiwa pagi'.. sebagai contoh exam, temuduga dan sebagainya...

kata pepatah "hari ini akan menentukan masa depan".. jadi pabila bertemu pagi, buat la seperti kamu orang bersyukur.. kerana pluang yang diberikan adalah untuk kamu memperbetulkan kesilapan yang lalu.. untuk membawa kamu muhasabah kembali... apa yang telah kamu lakukan kemarin, sminggu yang lalu, sebulan yang lalu dan seterusnya...

mengapa kita perlu bersyukur?
sebab kita tidak ingin nikmat yang ALLAH kurniakan kepada kita terputus dan diambil dari kita.. jadi syukur itu wajib bagi kita kerana kita hamba yang ALLAH kurniakan nikmat tidak ada tandingan.. kerana itu doa ini pembuka bicara dengan menyebut kalimah awalnya 'ALHAMDULILLAH' segala puji bagi ALLAH.. 

bila aku menangkap gambar sebegini teringat pula gambar aku yang dahulu.. yang masih terngiang2 dan menjadi iktibar buat aku dan sekeluarga..ujian yang diberikan membuatkan aku sedar aku hanya penerima nikmat dan ujian ...

 
khas: dorongan dari sesuatu tuk berbloging

Tiada ulasan:

Catat Ulasan